Pra-daftar

Tidak mempunyai e-mel Kerry? Tiada masalah! Prapendaftaran sebelum 19 September.

Klik butang 'Pra-daftar' pada bahagian atas halaman ini untuk memberikan alamat e-mel peribadi anda. Ini memberitahu kami bahawa anda sedang mempertimbangkan untuk menyertai – tiada kewajipan untuk anda mendaftar, ini cuma bermakna anda boleh mendapatkan jemputan melalui e-mel.

OurShare – Pelan Saham Semua Pekerja Kerry

OurShare ialah cara terbaik untuk rakan sekerja berkongsi kejayaan.

Anda minta, kami dengar.
Kami bertanya kepada anda bagaimana kami boleh menjadi lebih inklusif, di mana semua orang berasa dihargai, diberi ganjaran dan diiktiraf atas peranan mereka dalam perjalanan perniagaan kami. Anda berkata bahawa anda mahukan lebih banyak pengiktirafan dan ingin berasa lebih terhubung dengan visi, nilai dan tujuan kami.

Maka, kami pun mencipta OurShare. Ini adalah cara kami untuk memberi ganjaran kepada anda, memberi anda peluang untuk memiliki sebahagian daripada Kerry seiring dengan perjalanan kita bersama-sama.

Bagaimanakah OurShare berfungsi? Anda akan menemui maklumat yang anda perlukan di halaman ini. Kami akan menambah lebih banyak butiran lagi apabila menghampiri tarikh tersebut, jadi tandakan halaman ini dan kembali dengan segera!

Penafian

Sila ambil perhatian:

  1. Tiada mana-mana ahli Kerry Group plc atau pegawai, pekerja, ejen atau wakil mereka yang memberi anda sebarang nasihat pelaburan, cukai atau lain-lain yang berhubung dengan OurShare.
  2. Sama ada anda menyertai OurShare atau tidak adalah keputusan peribadi anda yang tidak akan memberi kesan kepada situasi pekerjaan anda.
  3. Nilai saham Kerry dan sebarang pelaburan yang anda buat boleh turun dan juga naik.
  4. Jika anda ragu-ragu sama ada ingin menyertai atau tidak, anda harus mendapatkan nasihat kewangan daripada ahli profesional yang bebas.
  5. Maklumat yang diberikan di laman web ini dan komunikasi lain yang berkaitan dengan OurShare disediakan dengan penuh percaya. Jika ia bercanggah dengan peraturan pelan atau mana-mana undang-undang yang berkenaan, maka peraturan pelan dan undang-undang tersebut akan diguna pakai.